Saturday, May 23, 2009

CARI RM LEBIH..

Kekurangan wang? Apa salahnya kita berusaha lebih. Perniagaan ini tidak memerlukan kos yang banyak hanya RM40.00 sahaja yang kita guna pakai untuk seumur hidup selagi kita menggunakan prepaid. Sebenarnya perniagaan ini lebih sesuai kepada pelajar terutama nya penuntut universiti yang selalu kekurangan RM. Bukan apa ini berdasarkan pengalaman , Selalu jer tak balas msg or calling sebabnya tak ada kredit hehhe. (teringat kisah dulu-dulu)

Nak membeli prepaid celcom ke, digi ke atau maxis boleh berhubung dengan saya terus. Prepaid dijual pada harga yang sama juga tetapi kalo anda menjadi ahli anda akan dapat pulangannya. Nak tau lebih layari lah http://www.etopup2u.com/?ref=995
Sunday, February 8, 2009

wanita...





usahlah ditangisi akan nasibmu yang dikasari, disakiti, dan dikhianati lelaki. bangkitlah daripada sebuah kekecewaan. senyumlah dan pandanglah ke hadapan. kau adalah makhluk istimewa ciptaan Tuhan, yang penuh dengan seribu satu keindahan.

duhai wanita,

jangan sesekali kau cemari cinta dengan mengemisnya. seandainya kau mengemis cinta lelaki, nyata kau telah kotori cinta yang suci. sekiranya lelaki itu pergi, redhailah! panjatkanlah kesyukuran kepada Illahi kerana Dia Maha Mengetahui takdir dalam hidup ini.

duhai wanita,

tetapi janganlah pula kau marakkan api kemarahanmu itu. tiada penyelesaian akan berlaku lantaran egomu. janganlah kau membenci lelaki seluruhnya seolah-olah yang baik tiada lagi wujud di depan matamu. renungilah, perhatikanlah, bahawa wujud insan yang soleh telah Allah ciptakan khas untukmu.

duhai wanita,

buangkanlah segala memori luka lama. jika kau gagahkan diri untuk membuangnya, kau akan segera sembuh daripada keperitan yang ada. janganlah rasa tertekan dengan air mata yang masih menitis jua. itu bukan air mata kelemahan wanita, tetapi penuh dengan kekuatan dan azam yang ada. bangkitlah! bangkitlah untuk terus maju demi dirimu dan keluarga. janganlah diizinkan memori luka lama mencarik-carik hatimu sehingga kau ibarat mayat hidup… yang tiada bernyawa.

duhai wanita……

memang benar, Allah cipta kamu penuh dengan kelembutan. tetapi kelembutan bukan bermaksud mudah untuk diperalatkan, bukan untuk dijadikan bahan melepaskan kemarahan, tetapi kelembutanmu adalah kekuatan. di sebalik kelembutanmu penuh dengan keyakinan dan ketabahan. sesungguhnya lelaki sukar untuk hidup tanpa wanita menjadi peneman, tetapi wanita.. tetap tenang mengharungi hidup tanpa lelaki yang akan melindungkan.

p/s khas buat sahabat-sahabatku yang sedang mengalami sebuah kedukaan.. moga bingkisan hatiku dapat memberi kekuatan pada kalian.
 
JOM SERTAI ..... Template Design By: SkinCorner