| | ||
usahlah ditangisi akan nasibmu yang dikasari, disakiti, dan dikhianati lelaki. bangkitlah daripada sebuah kekecewaan. senyumlah dan pandanglah ke hadapan. kau adalah makhluk istimewa ciptaan Tuhan, yang penuh dengan seribu satu keindahan. duhai wanita, jangan sesekali kau cemari cinta dengan mengemisnya. seandainya kau mengemis cinta lelaki, nyata kau telah kotori cinta yang suci. sekiranya lelaki itu pergi, redhailah! panjatkanlah kesyukuran kepada Illahi kerana Dia Maha Mengetahui takdir dalam hidup ini. duhai wanita, tetapi janganlah pula kau marakkan api kemarahanmu itu. tiada penyelesaian akan berlaku lantaran egomu. janganlah kau membenci lelaki seluruhnya seolah-olah yang baik tiada lagi wujud di depan matamu. renungilah, perhatikanlah, bahawa wujud insan yang soleh telah Allah ciptakan khas untukmu. duhai wanita, buangkanlah segala memori luka lama. jika kau gagahkan diri untuk membuangnya, kau akan segera sembuh daripada keperitan yang ada. janganlah rasa tertekan dengan air mata yang masih menitis jua. itu bukan air mata kelemahan wanita, tetapi penuh dengan kekuatan dan azam yang ada. bangkitlah! bangkitlah untuk terus maju demi dirimu dan keluarga. janganlah diizinkan memori luka lama mencarik-carik hatimu sehingga kau ibarat mayat hidup… yang tiada bernyawa. duhai wanita…… memang benar, Allah cipta kamu penuh dengan kelembutan. tetapi kelembutan bukan bermaksud mudah untuk diperalatkan, bukan untuk dijadikan bahan melepaskan kemarahan, tetapi kelembutanmu adalah kekuatan. di sebalik kelembutanmu penuh dengan keyakinan dan ketabahan. sesungguhnya lelaki sukar untuk hidup tanpa wanita menjadi peneman, tetapi wanita.. tetap tenang mengharungi hidup tanpa lelaki yang akan melindungkan. p/s khas buat sahabat-sahabatku yang sedang mengalami sebuah kedukaan.. moga bingkisan hatiku dapat memberi kekuatan pada kalian. |
Subscribe to:
Posts (Atom)